Pemalsuan Dokumen dan Kedudukannya dalam Perundangan Syariah di Malaysia

Document Falsification and Its Position in Shariah Law in Malaysia

Authors

  • Mohamad Aniq Aiman Alias Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

DOI:

https://doi.org/10.53840/jmm.v13i1.142

Keywords:

Dokumen, Pemalsuan, Keterangan, Mahkamah Syariah, Perundangan Syariah

Abstract

Dokumen merupakan salah satu bentuk kaedah pembuktian terpenting yang digunakan di Mahkamah Syariah mahupun di Mahkamah Sivil. Ini kerana, dokumen telah digunakan secara meluas dalam pelbagai urusan harian manusia seperti muamalat, pernikahan dan sebagainya dan ia dijadikan sebagai bukti terhadap urusan yang telah dijalankan. Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermakna dokumen tersebut akan terlepas daripada unsur penipuan dan pemalsuan yang akhirnya akan menguntungkan pihak pesalah dan memberi kemudaratan kepada mangsa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan konsep keterangan secara dokumentar dan pemalsuannya menurut perspektif perundangan Islam. Penyelidik juga telah membincangkan bentuk umum pemalsuan dokumen yang kebiasaannya berlaku menurut perundangan Islam dan menganalisis peruntukan berkaitan kesalahan pemalsuan dokumen di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Malaysia. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan pendekatan secara kualitatif iaitu menggunakan kaedah analisis dokumen seperti Al-Quran, hadis, peruntukan, jurnal, artikel, tesis, buku, kertas kerja dan rujukan dokumen yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan, pemalsuan dokumen adalah salah satu bentuk cabaran yang akan dihadapi ketika mengemukakan keterangan dokumentar di Mahkamah. Di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, tiada peruntukan khusus bagi kesalahan pemalsuan secara umum, sebaliknya, ia disabitkan di bawah kesalahan menghina Mahkamah sahaja. Kajian ini juga mencadangkan agar Mahkamah Syariah Malaysia perlulah melihat amalan dan praktis daripada pengamal undang-undang Sivil ketika mengendalikan kes-kes berkaitan pemalsuan dokumen dan menganalisis peruntukan yang ditetapkan di bawahnya.

Documents are one of the most important forms of evidence used in the Syariah and Civil Court. This is because documents have been widely used in various daily human affairs such as muamalat, marriage and other, and they function as evidence of the affairs conducted. However, this does not mean that document will be free from fraud and forgery, benefiting the offender and harming the victim. Therefore, this study aims to clarify the concept of documentary evidence and its falsification according to the perspective of Islamic law. Researchers have also discussed the common forms of document forgery that usually occur according to Islamic law and analysed the provisions related to the offence of document forgery under the jurisdiction of the Malaysian Syariah Court. In this study, the researcher has used a qualitative approach to use the method of document analysis such as the Quran, hadiths, provisions, journals, articles, theses, books, working papers and related document references. The results of the study show that falsification of documents is one of the challenges that will be faced when presenting documentary evidence in Court. Under the jurisdiction of the Syariah Court, there is no specific provision for the offence of forgery in general; on the contrary, it is convicted under the offence of contempt of Court only. This study suggests that the Malaysian Syariah Court needs to look at the practices and practices of Civil law practitioners when handling cases related to the forgery of documents and analyse the provisions stipulated under it.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Quran.

A. Othman, M. S. (1990). Undang-Undang Keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Hadi, K. A., & Paino, H. (2016). Legal Perspectives Towards Forgery, Fraud and Falsification of Documents: Recent Development. Malaysian Accounting Review, 15(2), doi: http://dx.doi.org/10.24191/mar.v15i2.589

Ahmad, M. H., Baharuddin, A. S., Zakaria, M. A., Nordin, N., Ishak, S. K., & Othman, N. K. (2020). Bukti Saintifik dan Penerimaannya di Mahkamah Syariah: Analisis Perundangan bagi Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah (Scientific Evidence and Its Admissibility in Syariah Court: Legal Analysis of Syariah Court Evidence Law). Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 32(1), 67-92.

Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 561].

Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 [Akta 585].

Alias, M. A. A. (2022). The Falsification of Documents in Marriage Cases under the Civil and Syariah Courts in Malaysia: An Appraisal Analysis. (Disertasi Sarjana). Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Alias, M. A. A., Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., & Abdul Mutalib, L. (2021b). An Overview on the Falsification of Document according to Fiqh and Legal Perspectives. Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah, Faculty of Management and Muamalah, Kolej Universiti Islam Selangor, 238-247.

Alias, M. A. A., Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., & Abdul Mutalib, L. (2021a). Legal Analysis of Syariah Court Evidence Law on Digital Document as Evidence and Its Admissibility in Court Proceedings: Analisis Perundangan bagi Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah terhadap Dokumen Digital sebagai Kaedah Pembuktian dan Kebolehterimaannya dalam Prosiding Mahkamah. Journal of Management and Muamalah, 11(2), 54 - 64.

Alias, M. A. A., Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., & Mutalib, L. A. (2021d). The Application of Forensic Science Element in Documentary Evidence: A Review in Malaysian Syariah Court. Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah, Faculty of Management and Muamalah, Kolej Universiti Islam Selangor, 268-276.

Alias, M. A. A., Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., & Mutalib, L. A. (2021c). Systematic Literature Review on the Concept of Document Falsification according to Islamic Syariah Law. International Seminar on Islam and Science (SAIS), Negeri Sembilan, Universiti Sains Islam Malaysia, 729-738.

Al-Mausū'ah Al-Fiqhiyyah. (1984). Wizarah al-Awqaf wa al-Syu‘un al-Islamiyyah. Kuwait: Isdar Wizarah al-Auqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah.

Al-Māwardī. (1995). Al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Mubarak, Z. G. (2005). Al-Khibrah al-Fanniyyah fii Ithbat al-Tazwiir fii al- Mustanadat al-Khatiyyah Fannan wa Qanunan. Amman: Dar al-Thaqafah.

Al-Ṭabarī. (1405H). Jami’ al-Bayan an Ta’wil. Jilid 19. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Zuḥaylī. (1994). Wasa’il al-Ithbat fi al-Syari’ah al-Islamiyyah wa al-Mu’amalat al-Madaniyyah wa al-Ahwal al-Syakhsiyyah. Jilid 2. Riyadh: Maktabah al-Mu’ayyad.

Babbie E. 2010. The Practice of Social Research. USA: Wadsworth Cengage Learning.

Bowen, G. A. (2009). Document Analysis as a Qualitative Research Method. Qualitative Research Journal, 9(2), 27-40. Diambil daripada https://www.emerald.com/insight/content/doi/10.3316/QRJ0902027/full/html

Halijah Abdul Rahman lwn Zambree Baharom [2009] 1 CLJ (SYA) 402.

Ibn ʽĀbidīn. (1995). Hasyiah Radd al-Mukhtar ‘ala al-Dur al-Mukhtarn Syarh Tanwir al-Absar. Volume 2. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (2007). Al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah. Makkah: Dar ‘Am al-Fawa‘id.

Ibn Kathīr. (2003). Tafsir Ibnu Katsir. Jilid 1. Indonesia: Pustaka Imam asy-Syafi’i.

Ibn Kathīr. (2003). Tafsir Ibnu Katsir. Jilid 5. Indonesia: Pustaka Imam asy-Syafi’i.

Kamal, M. (2015). Tazwir al-Khutut Turuqu Irtikabiha wa Wasa’il Kasyfihi. Dar al-Nadhah: Al-Kaherah.

Leavy, P. (2017). Research Design: Quantitative, Qualitative, Mixed Methods, Arts-Based, andCommunity-Based Participatory Research Approaches. New York: The Guilford Press.

Mahmoud Hasan, S. B. (2010). Ahkam Jara’im al-Tazwir fi Fiqh al-Islami. Nablus: Universiti al-Najah.

Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Prentice Hall.

Syinyur. (2005). Al-Ithbat bi al-Khibrah baina al-Qada’ al-Islami wa al-Qanun al-Dauli wa Tatbiqiha al-Mu’asirah: Dirasah al-Muqaranah. Amman: Dar al-Nafa’is.

Urus, N. S. T., & Azhar, A. (2018). The Application of Fatwa in Court Decision Making. International Journal of Law, Government and Communication. 3(9), 83-94.

Wan Ismail, W. A. F. (2015). Forms of Document Falsification in Malaysia’s Syariah courts. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (9), 32-39.

Wan Ismail, W. A. F. (2020). Keterangan Dokumentar Menurut Fiqh dan Undang-undang Keterangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Ismail, W. A. F., Abdullah, Z. H., Abd Murad, A. H., Che Amani, N., Mutalib, L. A., Hanafi, L. H., & Khir, M. M. (2015). Bentuk-Bentuk Pemalsuan Dokumen Menurut Fiqh dan Perundangan Islam di Malaysia: Satu Analisa. The e-Journal of Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 2(1).

Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., Mutalib, L. A., & Alias, M. A. A. (2021b). An Appraisal of Digital Documents as Evidence in Islamic Law. Academic Journal of Interdisciplinary Studies, 10(3), 198. Diambil daripada https://doi.org/10.36941/ajis-2021-0076

Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., Mutalib, L. A., & Alias, M. A. A. 2021a. A Systematic Analysis on the Admissibility of Digital Documents as Evidence in Malaysian Syariah Courts. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 29(3), 1981-1996.

Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., Mutalib, L. A., & Saharudin, N. S. (2019). Understanding of Syariah Practitioners in Malaysia on Document Forgery. Humanities & Social Sciences Reviews. 7(6), 349-355.

Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., Mutalib, L., & Alias, M. A. A. (2020). The Admissibility of Digital Document According to Syariah Law: A Preliminary Analysis. International on Syariah and Law (INSLA), 3(1), 471 - 480.

Yahya, A., Azam, A., & Hassan, A. (2017). Keterangan Dokumen dalam Bentuk Digital di Mahkamah Syariah: Analisis Berkaitan Definisi serta Kebolehterimaannya di Sisi Prinsip Syariah di Malaysia. UKM Journal Article Repository, 1, 1-12.

Published

2023-06-26

How to Cite

Alias, M. A. A. (2023). Pemalsuan Dokumen dan Kedudukannya dalam Perundangan Syariah di Malaysia: Document Falsification and Its Position in Shariah Law in Malaysia. Journal of Management and Muamalah , 13(1), 31 - 43. https://doi.org/10.53840/jmm.v13i1.142