Perbandingan Kerangka Tadbir Urus Perbankan Islam di antara Indonesia dan Malaysia
Comparison of Shariah Governance Framework in Islamic Banking Between Indonesia and Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.53840/jmm.v13i1.140Keywords:
Tadbir urus Syariah, Institusi Perbankan Islam, Indonesia, MalaysiaAbstract
Perbankan dan kewangan Islam adalah satu industri yang berkembang pesat dan dijadikan sebagai penyumbang utama dalam aset kewangan global. Menurut Islamic Finance Development Indicator (IFDI) terdapat lima faktor utama yang memacu perkembangan dalam kewangan Islam di antaranya ialah Pembangunan Kuantitatif, Pengetahuan, Tadbir Urus, Tanggungjawab Sosial Korporat, dan Kesedaran. Malaysia dan Indonesia mengekalkan kedudukan teratas untuk tahun kedua berturut-turut berbanding negara Asia Tenggara yang lain dalam tadbir urus terbaik. Namun begitu, dari aspek tadbir urus Syariah kedua-dua negara menunjukkan perbezaan dan peringkat yang ketara. Objektif utama kajian ini ialah untuk membandingkan tadbir urus Syariah dari empat aspek iaitu kerangka tadbir urus, struktur tadbir urus, proses tadbir urus dan fungsi tadbir urus di antara Malaysia dan Indonesia. Kajian ini berdasarkan kajian berbentuk kualitatif dan data-data yang didapati sepenuhnya berdasarkan analisis dokumen bagi menghasilkan dapatan berbentuk deskriptif. Dapatan kajian ini menunjukan bahawa tadbir urus Syariah dari aspek kerangka, struktur, proses dan fungsi di antara Malaysia dan Indonesia mempunyai persamaan dan perbezaan. Persamaan dari aspek struktur tadbir urus Syariah di antara kedua negara ialah mempunyai pengawasan dua peringkat seperti pengawasan jawatankuasa Syariah di peringkat institusi dan pengawasan di peringkat tertinggi ialah Majlis Penasihat Syariah. Perbezaan dari aspek proses dan fungsi tadbir urus Syariah di Malaysia lebih ketat dan komprehensif berbanding peraturan yang ada di Indonesia. Hasil kajian ini diharapkan dapat mengisi jurang pengetahuan dan perkembangan baru tadbir urus Syariah di antara Malaysia dan Indonesia sehingga mampu melaksanakan penambahbaikan dari aspek kepatuhan Syariah yang lebih baik dan mampu mengharmonikan perbezaan tadbir urus Syariah bagi meningkatkan ekonomi Islam di masa hadapan.
Islamic banking and finance are a rapidly growing industry and a major contributor to global financial assets. The Islamic Finance Development Indicator (IFDI) listed five main factors driving Islamic finance development: Quantitative Development, Knowledge, Governance, Corporate Social Responsibility, and Awareness. In this regard, compared to other Southeast Asian countries, Malaysia and Indonesia have retained the top spot in the best Islamic banking governance for the second consecutive year. However, both countries show significant differences in the aspect of Shariah governance. The main objective of this study is to compare Shariah governance from four aspects, namely governance framework, governance structure, governance process and governance function between Malaysia and Indonesia. This study is qualitative, and data for the descriptive findings was obtained entirely from document analysis. The findings of this study showed the similarities and differences between the framework, structure, processes, and function of Shariah governance in Malaysia and Indonesia. The shariah governance in both countries are similar in terms of the structure, specifically having two levels of supervision- the Shariah committee at the institutional level supervision and the Shariah Advisory Council at the highest level. Meanwhile, the major difference in the process and function of Shariah governance is that the Shariah governance in Malaysia is stricter and more comprehensive compared in Indonesia. It is hoped that this study’s findings can fill the knowledge gap and the new development of Shariah governance between Malaysia and Indonesia so that they can improve Shariah compliance and harmonize the differences in Shariah governance to improve the Islamic economy in the future.
Downloads
References
Ali Rama & Yella Novela. (2015). Shariah Governance dan Kualitas Tata Kelola Perbankan Syariah. Signifikan (4) 2. 111-126.
Al-Saadi. A., Kabir Hassan. M & Mansoor Alkhan. A (2022). Shari’a Governance in Bahrain: Analysing the Islamic Banking Industry’s Implementation of the Newly Issued Regulatory Shari’a Governance Module. Journal of Risk and Financial Management. 15-418.
Athirah Najwa. N., Ramly. Z & Haron. R. (2019). Board Size, Chief Risk Officer and Risk-taking in Islamic Banks: Role of Shariah Supervisory Board. Jurnal Pengurusan. 3-21.
Hafij Ullah.Md & Khanam Ruma. (2018). Whether Shari’ah Compliance Efficiency is a Matter for The Financial Performance. Journal of Islamic Accounting and Business Research 9 (2). 183-200.
Hassan, R., Irwani, N., Hassan, A., Ibrahim, U., Fuad, M., Akhtarzaite & Triyanta A. (2013). A comparative analysis of Shariah Governance in Islamic Banking Across Jurisdictions. International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) Research paper, No 50. 1-60.
Kausar Alam. Md., Mizanur Rahman. M., Kamal Runy. M., Samuel Adedeji.B & Farjin Hassan. Md., (2021). The Influences of Shariah Governance Mechanisms on Islamic Banks Performance and Shariah Compliance Quality. Asian Journal of Accounting Research 7(1). 2-16.
Mansour, H. & Haron, R. (2020). Growth and Emerging Prospects of International Islamic Banking. IGI Global. (213-244).
Mansour, N & Haron, R. (2019). A systematic literature review on Sharı’ah governance mechanism and firm performance in Islamic banking. Islamic Economic Studies, Vol. (27) 2. 1-33. Doi: 10.1108/IES-06-2019-0013.
Mohd Arif, M.I.A & Markom, R. (2018). Struktur Tadbir Urus Syariah dalam Sistem Perbankan Islam: Analisis Perbandingan Antara Malaysia dan Indonesia. JUUM. 1- 9.
Nazmi, M., Siraj, M.A., Mighfari, E.R & Firli, R.N. (2020). Shariah Governance in Islamic Financial Institutions in Indonesia and Malaysia: A Comparative Analysis. Journal of Islamic Finance, (9)2. 1-9.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Journal of Management and Muamalah

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.